Assalamualaikum hye semua.
Selamat berhujung minggu. Minggu lepaskan Na balik Temerloh. Ingat balik nak ambik charger laptop je yang tertinggal masa sibuk sibuk pindah haritu.
Tup tup tengok anak pokok bunga Na kutip kat tempat kerja sebelum resign hari tu dah besar besar. Na ambiklah bawak balik Klang. Sejuk sikit mata ni bangun pagi tengok pokok bunga.
Alaa, bukan bunga mahal mahal pun. Bunga kembang pukul 10 pagi tu je. Masa tu bunga ni kecik kecik je depan pagar dalam lecak. Na ingatkan spesis lain. Mak Na cakap, bukan spesis lain. Dia kecik sebab terbantut duk dalam lecak tu. Kesian betul budak ni. Nasib baik Na bawak balik anak anak dia. Tak tahulah nasib dia macam mana sekarang.
Comelkan bunga dia kecik je. Masa Na kutip dulu lagi kecik comel. Ni macam dah ada upaya nak hidup agaknya. Nampak tak satu lagi bunga warna purple tu. Itulah pokok bunga Lili Hujan Ungu (Purple Rain Lily).
Lili Hujan Ungu ni Na minat betul kalau kat rumah mak Na tu. Lawa sangat. Na ada baca, nama dia Lili Hujan sebab bunga dia kembang selepas hujan. Kalau kita cakap selepas hujan datangnya pelangi, kali ni selepas hujan bunga lili hujan pun kembang. Itu cantik kembangnya selepas bawak balik dari Temerloh ke Klang. Lepas tukar pasu, semuanya lembik lentok. Risaulah menengoknya.
Lili hujan ungu biasanya dikenali sebagai Purple Rain Lily dan tergolong dalam genus Zephyranthes. Ia merupakan tanaman berumbi yang agak mudah dijaga dan sesuai ditanam di kawasan beriklim panas seperti Malaysia.
Disebabkan tahan panas ni lah Na sanggup menanamnya. Kalau tak, susah jugak nak ke sana ke mari.
Ni pulak balik Perak ye. Sebab tu lah mak ayah takleh lama lama rumah anak. Risau pokok, ayam, itik dan kucing tak diberi makan.
Tapi disebabkan Purple Rain Lily jenis pokok yang tahan panas dan sukakan matahari. Legalah sikit rasa hati ni. Nanti balik kita tengok dah bangkit ke belum tu. Kesian tengok terbaring je.
Sebelum Na tinggalkan hari tu, sempatlah Na search sikit cara merawat Bunga Rain Lily ni. Sebabkan dia ada ubi kat bawah tu, dia suka kering kering jela sebab dah simpan air dah dalam ubi tu. Kalau lebih air nanti ubi tu jadi busuk.
Jadinya, kalau balik balik nanti dah berbunga. Akan Na riak seluruh taman. Heheheheh. Dah banyak pasu jugak Na pecahkan haritu.
Sekarang, Na nak letak baja apa kat pokok ni?



12 Ulasan
Wife pernah beli pokok lily ni tapii tak tahan lama... sedih tgk layu dan mati hari demi hari haaaha
BalasPadamHahaha harap harap dapat tahan setahun pun okay lah. Harapnyalah.
PadamBunga2 ni kalau menjadi hidup cantik kejadiannya.
BalasPadamKena ada banyak ilmu jugak kan kak. Kalau tak, kelaut ni rasanya. Sis cuba.
PadamKak Ujie (blogger Titian Perjalanan) Ada tanam rain lily ni, cuba Na risik².
BalasPadamAkk suka bunga tapi kebanyakan tanaman di rumah ni tanaman jenis berdaun hihi
Jenis berdaun lawa juga. Tu nanti dulu. Kira level lain. Hehe.
PadamKak Ujie ye. Okayy, nanti Na melawat blog Kak Ujie. Terima kasih kak 🥰
kat rumah mak mentua adap pokok ni.. tapi asyik lupa je nak ambil sikit bawa balik
BalasPadamHehehe masih belum terlambat tu. Kena balik rumah mak mertua minggu ni 🙈
PadamHarap lepas serasi dengan pasu baru, makin subur dan rajin berbunga nanti.
BalasPadamHarapnya begitulah. Hehe
PadamCantik bila penuh berbunga
BalasPadamNak tanam durian macam Wak, boleh tengok bunga durian. 😀
Padam