Racun Serangga Organik Bunuh Serangga Makan Pakchoy

 Assalamualaikum, hye semua. 


Selamat bekerja pada yang bekerja, selamat berkebun pada yang berkebun. Haha. 

Di sini Na ada satu berita menyayat hati. Terkenangkannya pun tersayat hati ini. 


Dimana anak anak Pakchoy Na yang banyak banyak dulu? Jawapannya, hilang. Haaa. Tak tahu kemana. Hari demi hari anak pakchoy Na hilang. Takkan di sorok bunian. Bunian mana makan pakchoy, dorang makan cacing dengan daun kering. Hm. Tinggal secebis dua je anak anak Na. Kesian mereka. Macam mana Na nak masak pakchoy bawang putih macam Chicken Rice Shop? Perkara ini amat merunsingkan. 

Disebabkan Na runsing, Na terpaksa merunsingkan Faqhrul sekali. Mana perginya anak pakchoy Na? 

Faqhrul kata belakang tu memang ada serangga. Dari dulu lagi dia tak bertanam sebabkan itu lah. Ihh iyelah tu. Atas perasaan kesian kat bini, Faqhrul pun belikan racun organik dari Tiktok. Dia biasanya buat kajian mendalam sebelum beli barang ni. Jadinya, kita kena percaya suami kita. 😂


Inilah racunnya. Katanya organik, takde bahan kimia merbahaya. Kiranya kalau kucing kunyah bayam Brazil tu, tak jatuh hukumlah. Mungkin dia menghalau je, bukan membunuh kot? Na tengok tengok jugak dia buat daripada apa. Na pernah pergi satu kursus ni, dia buat baja daripada nanas dengan air yakult. Menariklah untuk didalami. Kalau bab racun serangga ni, nak lah jugak tahu. Manalah tahu lepas hilang anak pakchoy, Na buat racun serangga pulak. Lah kan dah merepek kelain. 

Cara nak pakai dia pulak, goncang goncang pastu sembur je. Penyembur tu dia ada bagi sekali. Terima kasih seller. Jangan sembur hari-hari. Cukup seminggu sekali je. 

Kenapa tak boleh hari-hari? Sebab nanti cepat habis, kena beli lain pulak. Kan payah macam tu. Cukuplah seminggu sekali je. Sesuatu yang berlebihan mendatangkan mudarat tahu. 

Sekarang, seminggu sekali akan ku sembur semuanya! Bunga Vinca dengan Lily Rain pun kena sembur jugak! Nampaknya doa korang pun tak makbul nak tengok pakchoy Na besar. (kerana serangga, habis semua orang terlibat) 

Kalau korang nak beli racun serangga organik macam ni, korang kena beli kat sini. Jangan beli tempat lain tau. Link yang ni je boleh. HAHAHA. 



Okay, bye! 



Disclaimer: Ada pautan affiliate dalam posting ini. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, saya mungkin mendapat sedikit komisen tanpa caj tambahan kepada anda. Terima kasih kerana menyokong blog ini! 🫶🏻

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Alahai sayangnya la boleh hilang ye. Cie dulu pernah tanam. Hidup cuma tak besar sangat. Boleh la kutip sekali goreng. Lepas tu dah malas nak tanam.

    BalasPadam