Assalamualaikum, hye semua.
Pertama sekali tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada rakan seperjuangan semasa berada di menara gading, Universiti Malaya dulu. Sekarang member dah jadi lecturer di Kunming, China dah. Hebat orangnya!
Semalam sempatlah kami singgah sebentar ke kenduri beliau sebelum balik ke Temerloh. Cantik betul hiasan dewan pengantin. Sebelum gerak, Na dah siapkan makanan Icha siap siap. Icha makan sup jela hari ni ye memandangkan tiba tiba selsema tu.
Sampai je Laman Mazmida, kami parking jauh. Sebeb itu aje parking yang ada. Parking agak luas dan selesa aje untuk tetamu.
![]() |
| Parking dia luas betul. Thank you abang abang RELA. |
Kami jalan kaki dari hujung sana nuu ke dewan. Agak panas tapi kami berpayung dan Icha tersengih aje buatkan kami seronok nak bawak ke kenduri. Sampai separuh jalan, nampak orang naik buggy. Wehhh, orang naik buggy weh! Hahaha.
![]() |
| Naik buggy tak bakar lemak wekkk 😛 |
Dah sampai dalam dewan, kami bersalaman dulu dengan keluarga pengantin. Kemudian, Na biarkan Faqhrul makan dulu sebab dia makan laju. Heheh. Lepastu, boleh Na makan dengan tenang tenang sebab bapak boleh jaga anak.
Sementara Faqhrul makan, Na suapkan Icha makan dulu. Merasalah Icha makan nasi kenduri dengan sup bekal dia. Barulah rasa macam pergi kenduri sebab orang makan, dia makan jugak.
Lepas tu, barulah Na makan. Na ambik semua lauk yang ada. Dah separuh makan baru teringat nak ambil gambar. Ada nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah, daging masak hitam, kari ayam, dan satu menu misteri. Taktau lah lemak ke kulit ke tapi dia lembik lembik macam lemak cair tu. Bukan tetel.
Na suap ke dalam mulut kunyah kunyah dan telan. Kalau banyak sangat fikir mungkin tak sampai ke perut.
Makanan semua sedap. Dewan selesa sangat. Selesai makan, kebetulan emcee panggil kawan-kawan alumni UM untuk bergambar dengan pengantin. Na pun terus pergi bergambar (gambarnya, tak dapat lagi). Aku gelojoh ye kalau part part bergambar ni. Ambil gambar je malas. Korang kalau berkenan bekas makanan Icha boleh beli kat sini ek.
Dah settle kawan kawan pengantin bergambar, Na ajak Faqhrul dan Icha bergambar jugak. Ada gambar kenangan nak tunjuk kat Icha nanti.
![]() |
| Pengantin Baru dan Pengantin Lama (kena guna teropong kalau nak tengok Icha) |
Selesai bergambar, kami pun decide terus balik ke Temerloh. Risau jem pulak kat Tol Gombak jap lagi. Icha macam biasa masuk kereta dia tidur.





10 Ulasan
Amboi... peluang dating la ni...
BalasPadamSekali sekala hehehe
PadamJauh kawan NA bekerja :)
BalasPadamAnak2 memang gitu, masuk kereta auto lelap hehe
Iyaa. Ramai juga yang ambik course Bahasa Melayu di Universiti Kunming sana. Dorang fasih.
PadamSedapnya lauk kenduri.
BalasPadamSedap sedap. Semua lauk dia sedap kecuali lauk misteri. Hehe
PadamAlhamdulillah. Tahniah buat pasangan pengantin. Semoga terus berkasih sayang dan berbahagia sampai syurga. Aamiin...
BalasPadamHebat kawan Na. Hebat juga majlisnya tu siap ada buggy lagi. Bagus jugalah memudahkan tetamu untuk sampai ke dewan majlis dari parkir kan.
Sesekali Icha makan nasi minyak kenduri. Terlupa nak ambil gambar makanan di kenduri tu biasa. Tapi kadang segan juga. Tengok keadaan.
Icha saja tidur tu bagi chance mamy dan dada bergambar bedua. heee...
Aminn aminn yra. Malangnya, tak dapat naik buggy. Hehe. Icha suka betul keramaian. Kalau ada kenduri, ajak Icha tau. (gurau aje)
PadamBukan bishe bishe majlis sampai buddy disediakan.. alhamdulillah..
BalasPadamSemoga diberi keindahan dan kecerian dalam perkahwinan hingga ke syurga buat kawan seperjuangan dulu..
Aminn yra. Semoga yang baik baik datang selepas berkahwin. Nampak seronok semacam je yang dapat naik buggy tu.
Padam