Assalamualaikum semua,
Selamat menyambut bulan untuk meraikan kemerdekaan. Wish awal awal sebab awal awal cikgu baru dah tanya "Kita kena hias bendera ke kak..?"
Entry ni bukan nak cerita pasal bulan merdeka. Kitanya dah resign dah. Pandai pandailah cikgu baru menghias kelas dia tu. Hehe.
Na nak cerita baru baru ni Na dan Faqhrul bawa Si Felisha grounding di Pantai Teluk Mak Nik. First time sampai di sini. Dah laa tak plan awal awal. Macam biasalah, kemas kemas barang terus je pergi. Dulu dulu zaman bercinta bolehlah plan last minute macam ni. Sekarang dah ada anak, penat juga mental sister. Walaupun baru seorang anaknya.
Asalnya nak ke Kuantan aje tempat hari itu, yang pergi grouding Icha kali pertama tu. Entah macam mana terlajak sampai ke Cherating. Perut pun dah lapar, singgah dulu makan di Cherating Cafe.
![]() |
| Behave je sebab abang kerja kat situ kacak orangnya. |
Na tak tahulah ya tempat ni viral ke tak. Kita tak takut ketinggalan (Fear Of Missing Out : FOMO). Kalau viral, kami dah sampai. Kalau belum, korang singgahlah sini. Tempatnya selesa. Makanan pun sedap. Abang tu kata malam ada bakar bakar. Bolehlah korang cuba ikan bakar dia.
Selepas makan tengahari pukul 3.30 petang, kami meneruskan perjalanan yang entah kemana. Tahu tahu sampai Kemaman. Tapi Cherating tu dah sempadan Kemaman dah kan?
![]() |
| Kami merayau di sini. |
Baru tahu ada Pusat Pemuliharaan Penyu kat sini. Tunggu Icha besar sikitlah. Dah kenal penyu baru kami cadang nak datang sekali lagi.
Disebabkan cuaca sangat cantik, tak mendung, tak panas. Kami bawa Icha turun ke pantai. Boleh grounding pijak pijak pasir. Alaa macam anak mat saleh tu.
Dulu kecik lagi, tersengih sengih je bila dapat pijak pasir, tapi kali ni menangis pula. Macam Kak Tot kata, siap angkat kaki sebab taknak pijak pasir.
![]() |
| Sebelum kena pijak pasir lama lagi, baik nangis dulu 😂 |
Nasib baiklah awal awal je meragam tak nak pijak pasir tu. Lama juga bapaknya tazkirah, barulah okay. Terkejut agaknya. Biasa pijak karpet je, maklumlah Puteri Buluh Kasap. Haha
Nak dibiarkan merangkak sendiri takut jadi penyu kat situ. Jadinya, berpeganglah sentiasa bersama bapaknya. Tak lama jugak kami singgah sebab dah petang. Risau juga bersenja senja di tepi pantai. Nanti ada "kakak" yang ikut balik.
Seterusnya, kami singgah makan laju laju dekat dengan muara. Dari situ nampak tulisan Kemaman Idaman. Bab bab nama tempat ni aku lemoh sikit. Tak tahu kat mana. Kalau salah, harap ada orang Kemaman tolong betulkanlah ya.
![]() |
| Kat sini ada orang memancing. Apa eh nama tempat ni? |
![]() |
| Nampak ikan sumpit (cuba zoom hahaha) teringat cerita Sarapan Roti Canai Pak Tam Plan asal nak balik hari tu juga tapi gagal merancang, merancang kegagalan. Makanya, kami check in di Hotel Shafura. Kami decide nak stay situ sebab lawo. HAHA. Dia satu bangunan je, dalam Agoda lanskap dia cantik dan murah. Itu aje lah sebabnya. Kalau bab hantu syaitan ni, Icha siap siap dah kami ruqyahkan di telinga. Berdoa agar selamat check in dan check out. Bermalamlah kami di Hotel Shafura. Mak engko tak boleh nak ambil gambar cantik cantik. Ada anak kecik tidur diriba. bersambung... |








0 Comments