Kebaikan Pasir Pantai Untuk Bayi

 Assalamualaikum, hai semua. 


Seronok betul musim cuti sekolah hari itu kan? Merata tempat ramai orang. Kalau tengok kat social media macam macam gambar dan aktiviti yang dikongsikan. Ada yang ke tempat sejuk, ada yang ke gunung, ke lembah, ke darat, ke air. Korang kemana? 


Kami ke Kuantan aje bawa anak dara jejak pasir pantai. Ceritanya dah lama tersimpan dalam draf. Baru ni nak publish. Heheh. 

Sebenarnya, niat nak bawak ke pantai ni dari umur 5 bulan hari tu lagi tapi suami kata baby kecil lagi. Jadinya, kami hold sampai 7 bulan. Seronok sangat Si Icha dapat jejak pantai untuk kali pertamanya. Masa ni, tak ramai orang. Jadinya, kami dapat beraktiviti dengan sangat selesa. 


Tujuan kami bawak baby ke pantai ni adalah untuk sesi grounding. Bukan baby aje, mak dengan bapak dia pun nak kena jejak tanah jugak. Ada banyak kebaikan untuk kita jejakkan kaki ke tanah ni sebenarnya. Lebih-lebih lagi di pasir pasir pantai atau sungai. Korang boleh baca sendiri kajian-kajian tentang kebaikan grounding ni. 

Kalau untuk baby korang, pastikan mereka tak masukkan pasir ke dalam mulut. Nanti selain makan angin bersama keluarga, jadi makan pasir pula. 

Memijak pasir pantai atau pasir sungai ni memberi kesan yang positif kepada baby kita tau. Selain dapat memberi pendedahan kepada rangsangan deria sentuhan, merangkak dan bergerak di atas permukaan yang berbeza juga dapat menguatkan otot dan keseimbangan baby kita. Kemahiran motor halus juga berkembang apabila baby mengorek atau menekan pasir, menggenggam pasir, atau menjatuhkan pasir dari tangan. Tapi diingatkan sekali lagi, pastikan baby dibawah pengawasan ibu bapa ya! Engko jangan biarkan baby sorang-sorang pula. Haha

Selain itu, bunyi bunyi alam seperti bunyi ombak, bunyi burung, angin dan cahaya semulajadi memberi pengalaman yang pelbagai dan membantu baby lebih tenang dan seronok meneroka. Aktiviti luar sememangnya menyeronokkan. Cubalah bayangkan angin pantai yang nyaman dan menenangkan tu, ibu bapa pun rasa seronok kan?

Tapi, ibu bapa perlulah take note tentang keselamatan kebersihan anak-anak jugak. Pilihlah pasir yang bersih dan jauh dari najis-najis dan kawasan yang banyak sampah sarap. Selepas bermain, pastikan anak-anak dibersihkan dengan baik. Basuh tangan dan kaki. Seeloknya mandi jela terus. Hehe. Jangan lupa mandikan dengan Mandian Semambu bagi mengelakkan baby kita kecacingan. (Ini adalah iklan)




Bagi mengelakkan anak terdedah kepada cahaya matahari terus, ibu bapa bawalah adik-adik baby bermain pada waktu pagi. Kalau bawak senja-senja nanti banyak kakak-kakak ikut balik (siapa ya agak-agaknya?). Tapi ikutlah keselesaan masing-masing. Jangan nekan-nekan orang sekeliling okay! 


Akhir sekali, Icha happy, mamy happy, dada pun happy. 

yang bergembira :))


Wassalam. 





Post a Comment

0 Comments