Grounding di Pantai Teluk Mak Nik (Part 2)

Assalamualaikum semua, 

Na nak sambung perjalanan grounding di Pantai Teluk Mak Nik hari tu. 

Selepas check out di Hotel Shafura, kami terus bergerak mencari makan tengahari. Breakfast tadi makan roti je you. Si Icha tak bangun bangun. Kasihan jugak nak dikejutkan, penat sangat jalan jalan semalam. Jadi, kami biarkan dia tidur selepas minum susu. 

Kami makan tengahari di Kampung Kitchen, Kemaman. Selesa betul. Makanannya sedap sangat! Time ni Icha tidur dengan ayahnya. Bolehlah kita makan perlahan lahan. Kalau tak, makan macam halilintar. 

Dalam pada makan perlahan tu, tak sempat pun nak ambil gambar juadah makanan. Fikir nak makan je. Pilihan lauk pulak banyak betul, cuma kami dah lewat sikit. Banyak yang dah habis. Lain kali, kami singgah lagi okay! 




Setelah selesai makan tengahari, dan Icha pun dah makan bubur dia. Kami bergerak bersiar-siar di kawasan berdekatan. Nama kampung tu Kampung Geliga. Kat sinilah berderet kedai-kedai keropok lekor. 



Kedudukan kampung di pesisir pantai dan ada sungai pula di kanannya tu membuatkan kampung ni nampak macam sebuah pulau. Enjoy betul Na tengok orang-orang kat kampung ni berniaga. Kata kakak kedai Keropok Lekor Cap Mahkota, keropok keropok kat sana semuanya homemade. Kampung Geliga ni boleh dikatakan kampung nelayan. Seronok sangatlah suami saya yang bercita-cita nak jadi nelayan tu!

Kami sebenarnya mencari keropok goreng panas-panas nak dimakan di tepi pantai. Dekat kedai kakak tu, ada keropok losong je. Ayah Na kata, bukan keropok losong tapi keropok rebus. Losong tu nama tempat di Terengganu. Hehe. Salah pulak. Dekat kedai kakak Keropok Cap Mahkota, kami beli keropok rebus, keropok keping keping dalam bungkus, dan keropok yang jejari yang macam ranting tu. Semuanya diperbuat daripada ikan tamban. 

Faqhrul tanyalah kakak tu, "Apa beza keropok ikan tamban dan ikan parang.." Kata dia "ikang tambang warnanya gelak sikik dan rasa ikang dia kuat." Haaa gitu. 


 

Masyarakat kawasan sini memang guna ikan tamban, kalau kawasan sana (mungkin Kuala Terengganu) guna ikan parang. Dalam kepala Na masa tu, resepi keropok lekor ikan bilis yang pernah Na tengok kat Tiktok je. Aku ni yang bukan bukan je sokmo. 

Selesai beramah mesra dengan kakak, kami meneruskan misi mencari keropok lekor panas-panas. Dan akhirnya, jumpa kat kedai kawasan situ jugak tapi dah tak ingat nama kedainya apa. Yang penting ada jual penyu pakai helmet. Sempatlah kami bergambar gambar kenangan kat kedai tu. 


Hari yang sama jugak hari yang RXZ Member 8.0 berkumpul di Terengganu. Jadinya, meriahlah kedai-kedai dengan patung dan keychain penyu helmet ni. Na tak belilah sebab penyu besar tu dah pernah beli masa honeymoon dulu. 

Ceyy, honeymoon beli penyu. Hahaha

Akhirnya! Keropok lekor siap goreng. Kat kedai ni, kena order dulu keropok lekor goreng, baru dia goreng. Biasanya kita beli keropok keping keping tu dah siap gorengkan kat tepi tepi jalan. Mungkin dia nak kekalkan sensasi kerangupan keropok dan mengelakkan keropok daripada tercemar dari habuk dan bendasing. Baguslah macam tu kan! 

Jalan jalan dah, keropok pun dah dapat. Kami singgah semula di Pantai Teluk Mak Nik. 

Nak turun ke pantai, cuaca panas lagi. Kami berkelah ajelah di bawah pokok sambil makan keropok. Icha makan biskut dia. 

Kat manalah mak bapak aku bawak panas-panas ni. - Icha


Set camping boleh beli kat sini. (ini adalah iklan)




Dah siap makan, ambil gambar semua. Kami pun bergerak pulang ke Temerloh seiring dengan abang kakak RXZ. Icha tidur sepanjang perjalanan. 
Kami semua gembira dan puas dengan percutian last minute kali ini. 

Jumpa lagi Kemaman, Terengganu. 


Post a Comment

0 Comments