Assalamualaikum, hye semua.
Alasan resign sebab nak jadi pekebun dilaksanakan minggu ini. Na mulakan dengan membeli biji benih. Hehe. Banyak betul biji benih yang dia bagi. Biasa beli dapat dua tiga je biji benih. Semua tak hidup. Hahaha.
Kali ni Na tak fikir panjang pun. Terus rendam biji benih sayur pakchoy kat dalam air. Kenapa pakchoy dulu? Sebab ada penggemarnya di sini. Nak tanam lobak kang, takut menzalimi kehidupan lobak. Jadinya, kita tanam yang sesuai dengan cuaca di Malaysia ni ajelah ye.
Selepas 6 ke 7 jam merendam biji benih, Na transfer kat atas tisu. Masa tu nampak biji benih tu dah pecah pecah dah. Dah sedia letu gamaknya.
Na buat macam ni. Letak biji benih tu atas tisu lembap, pastu tutup manja manja je kat atas dia. Dalam masa 24 jam, dah keluar dah akar anak mamy. Senang sangat ni rupanya.
Silap Na, Na letak pakai tabur je. Patutnya jangan rapat rapat sangat. Nanti kita nak transfer ke pasu atau ke tanah mudah sikit. Ini tidak, bertindak tidak menggunakan akal yang diberikan Allah swt.
Esoknya, pakchoy Na tumbuh daun. Haa sudah. Pasu dan tanah tak beli lagi. Na kirimlah kat Faqhrul belikan Na tanah. Eh, member lupa. Jadinya, satu malam lagi lah anak anak daun Na tak transfer ke tanah. Allahu, kesian mereka. Tapi punyalah gigih dorang nak hidup, atas tisu pun dorang membesar.
Pagi tu tengok, tinggi berbatang dah awak. Nak taknak, kena merengek mintak tanah. Biasalah, bini buat masalah, suami kena selesaikan. Siapa suruh semai tak dandan. Orang prepare dulu, barulah semai. Petang tu, dapatlah tanah hehehehe. Legaaaa hati ni.
Na pun transfer laju laju time Icha tidur. Faham tak perasaannya mak nak berkebun tapi ada anak baby. Tak keruan betul. Icha pulak nap tak lama. Maknanya, Na kena settle transfer ke pasu kira kira kurang sejam. Masa nak transfer anak pokok tu, dah melekat lekat akar kat tisu. Nak nangis rasa. Kita ni kat cepat. Nak tarik kuat kuat kang, tak hiduplah pakchoy Na!
Hujung hujungnya, Na gunting je tisu tu. Tanam dengan tisu tisu sekali. Nak cepat ni. Nak cepat!
Apa apa jela kan. Janji budak budak ni dapat tanah, air, dan matahari secukupnya. Yang rapat rapat tu nanti, mamy ejas kemudian (kalau boleh ejaslah)
![]() |
| Tak estetik langsung gambar kan? |
Beginilah keadaan anak anak baru saya. Yang berkumpul ramai ramai tu sebab apa? Sebab mak dia nak cepat risau kakak sulung bangun tidur. Gambar pun ambik malam malam sebab tunggu kakak sulung tidur jugak. Hahaha.
Sekarang, tunggu pakchoy besar sikit. Ada keinginan nak transfer ke pasu comel comel pulak. Boleh ke? Hajat Na awal awal haritu nak tanam dalam mangkuk plastik pakai buang tu je. Beriyalah Na mintak Gemini AI generate gambarnya.
Haaa begini ye comelnya. Mehlah korang kita tanam pakchoy sama sama. Tidak ler sunyi ada kawan kawan sekali.



5 Ulasan
Hehehehe so pakc hoy ni spesel.sket la kan sbb akarnya ada tisu istimewa tu 😜😉
BalasPadamPape pun selamat berkebun ye
Hahaha iyee kak. Sekarang berkabus je bahagian tisu tu macam baja kompos.
PadamBaru tahu kena rendam dulu. Ingatkan boleh terus letak dalam tanh, siram je dan tunggu tumbuh. Bukan macam tu rupanya. Nampak sangat tak pandai nak jadi petani yang berjaya. huhuhu...
BalasPadamMencabar betul kehidupan Pakchoy ni. Syukur dapat juga tanah tempat bergantung hidup. Boleh je kot kan, letak sekali tissue nanti akan terurai juga.
Comelnya kalau transfer ke pasu comel tu. Okay kita tunggu nanti. Tak sabar nak tengok hasil tanaman Na.
Nak menanam tapi rumah tak sesuai untuk bercucuk tanam ni, tak sesuai. Kalau ada tanah sekakang kera tu syoklah sikit.
Hahahaha jangan tunggu ke pasu comel tu risau takdeee hahaha
PadamRajinnya elok menjadi tu boleh la goreng pakchoy sos tiram.
BalasPadam