Trip Sehari Ke Cameron Highland: Icha Petik Strawberi

 Assalamualaikum, hye. 

Salam kemerdekaan buat semua. (update 31 Ogos). Kami anak beranak sambut merdeka di Gerik kali ni. Ini adalah sambutan merdeka pertama Icha. Tapi Icha pulak tak sihat sangat. 

On the way nak balik kampung, kami sempat singgah di Cameron Highland. Dari Temerloh ke Gerik lalu kat Cameron Highland, turun Simpang Pulai. Dulu-dulu Na okay je, tak pening pening pun. Baru baru ni, nak muntah betul lalu jalan bengkang bengkok macam tu. Barang banyak sangat pun satu hal jugak. Yelah kan, plannya nak pindah ke Klang, tak expect pulak hari yang sama kita terus nak balik kampung. Tapi ayah mertua pernah pesan "expect the unexpected". Gitteww. 

Kat Cameron Highland, Icha okay sangat. Bukan main gembira lagi makan roti bakar kat Aidilbadri Strawberi. Mungkin sebab cuacanya sejuk. Icha kata "ini memang dunia Icha".



Na makan soto sebab itu je menu yang ada sup. Perut kita tak sihat betul waktu tu. Macam macam makan, tak sedar hari ni nak jalan jauh. Faqhrul pulak makan nasi lemak rendang. Takdela makan makanan signature yang ada strawberi strawberi lagi. Macam biasalah struggle time makan, jadinya gambar tak lawo. 

Lepas dah kenyang, mood Icha pun okay je lagi. Faqhrul bawak pergi petik strawberi. Sebenarnya trip kali ni, "abang nak suprise" katanya. Kita seronoklah dapat jalan-jalan. 

Kami petik strawberi di Healthy Strawbery Farm, Cameron Highland. Waktu pergi ni, struggle sikit mencari strawberi yang dah masak. Orang orang lain dah petik dah. Tempatnya dahlah kena mendaki. MashaAllah. Terasa tua betul dah waktu tu ye. Pewai bak kata hikers. Icha suka sangatlah dapat tarik strawberi sendiri. 



Muka tu memang setiap masa macam ada masalah negara. Dia senyum waktu aumchak je. 



Lepas petik strawberi, kami singgah di Bazar Kea Farm. Dari luar macam biasa biasa je, masuk je kat dalam MashaAllah sisterrrr. Kat sini mak Icha yang paling seronok. Banyak betul halwa mata. Macam macam dijualnya di situ. Zaman muda muda dulu pernahlah berangan nak letak produk Lilla Tiny House kat Cameron Highland kononnya. Sampai sudahlah angan-angan tu kekal jadi angan-angan. 




Bagi penggemar alpaca, terdapat pelbagai jenis warna alpaca ada di sini. Hehehe. Icha menjerit jerit seronok. Nasib baik dia tak tahu lagi benda tu boleh dibeli. Dia ingat untuk pameran je agaknya. Hahaha. Selamat mamy dada. Fuhhhh!



Dalam jalan-jalan tu, kami tercari-cari mana satu kedai warga tempatan. Kalau boleh nak support lokal. 
Jumpa jugalah kedai yang ada produk lokal dari Cameron Highland. 


Kalau nak beli souvenir untuk kawan-kawan tanda ingatan, boleh beli keychain atau fridge magnet. Comel comel semua designnya. Selain itu, ada juga gelang, baju, bantal dan barang perhiasan. Semuanya sesuai untuk dijadikan hadiah atau tanda ingatan. 


Ubi ubian pulak kena tengok tempat. Ada yang murah, ada yang mahal. Kalau kat sini sekilo Rm8.00. 
Nak beli banyak banyak kang jauh lagi perjalanan ni. Dalam kereta tu dah ada banyak barang. Lain kalilah naik lagi ye. Na beli sekilo je untuk Icha makan malam nanti. 



Dan paling syok sekali, dapat bunga dari Encik Suami kita. Terima kasih Dada Icha belikan bunga untuk mamy. Korang kalau ke Cameron Highland belikanlah bunga untuk mak, kakak, adik sebab bunga kat sini murah-murah je. Perasaannya tu kekal sepanjang tahun. Betul ni tak tipu. 

Selesai berehat sekejap dan makan aiskrim strawberi. Kami menamatkan lawatan sambil belajar kami di Cameron Highland. Plan nak gi Flora Park tak jadi sebab dah penat mendaki nak petik strawberi tadi. Kata Faqhrul esok nak pergi Pasar Pagi Selama, Perak. Kami meneruskan perjalanan kami dengan slow and steady. 

Bersambung...


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Seronok baca trip Cameron Highlands ni, part Icha petik strawberi tu paling comel 😂 Setuju bab bunga, murah tapi kenangan dia mahal. Healthy Strawberry Farm masuk wishlist!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn. Sekuntum bunga, setahun bahagia. Icha tu dia happy je tapi muka tu malu nak tunjuk excited. Eh entahlah.

      Padam
  2. Seronok jalan2 CH tapi kenangkan jem tu yang malas nak mendaki bukit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyee betul. Ni kami adjust naik hari Khamis. Punnn ramai orang.

      Padam
  3. bestnya gi CH! kami dh lama tak gi sini..last gi last 2 or 3 yrs masa celebrate anniversary..saya suka CH sbb sejuk dan boleh beli bunga byk2 dgn rege murahhhh saya ni penggemar bunga esp roses

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naik lagi MZ. Tapi kena cari weekday lah. Kalau weekend, jadi hilang gembira. Haha

      Padam
  4. Tengok macam tidak ramai orang waktu itu di CH.
    Comel anak patung alpaka itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah NA. Kami naik hari Khamis. Esoknya tengok tengok dah beratur orang. Allahuu.

      Padam
  5. Wah jauh sambut Merdeka tu Na. Icha pun pandai memilih dunia gitu kan. hihihi..Agaknya kat bawah ni cuaca panas, dapat cuaca sejuk kat sana, seronoklah dia.
    Aigoo kita tengok pun, kiyowoooo. rasa nak picit-picit je pepatung tu semua. Mujurlah Icha tak pau ekkk.
    Lama tak pergi CH ni, bencinta nak sampai atas tu dengan jalan belok-belok dia. huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyaa Pizzah. Semuanya seronok kalau kena dengan waktu. Pepatung tu, mak dia nak tapi menahan nafsu. Hehe. Adjustkan Pizzah bila bila naik CH lagi.

      Padam
  6. Alolo comel si icha memetik stroberi ye hahaha, dalam hati, "bila la dapat makan stroberi ni plak" 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh iyee sangatlah. Apasal lah mamy dada tak bagi masukkan dalam mulut ni.

      Padam
  7. Lamanya tak naik CH
    Seronok kan kalu naik sini salah satu tempat bercuti
    Kesukaan
    Ok tak sana jem tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau weekend jem memanjang Kak Nur. Orang cari tempat sejukkan badan agaknya.

      Padam