Assalamualaikum hye semua.
Selamat berhujung minggu. Minggu lepaskan Na balik Temerloh. Ingat balik nak ambik charger laptop je yang tertinggal masa sibuk sibuk pindah haritu.
Tup tup tengok anak pokok bunga Na kutip kat tempat kerja sebelum resign hari tu dah besar besar. Na ambiklah bawak balik Klang. Sejuk sikit mata ni bangun pagi tengok pokok bunga.
Alaa, bukan bunga mahal mahal pun. Bunga kembang pukul 10 pagi tu je. Masa tu bunga ni kecik kecik je depan pagar dalam lecak. Na ingatkan spesis lain. Mak Na cakap, bukan spesis lain. Dia kecik sebab terbantut duk dalam lecak tu. Kesian betul budak ni. Nasib baik Na bawak balik anak anak dia. Tak tahulah nasib dia macam mana sekarang.
Comelkan bunga dia kecik je. Masa Na kutip dulu lagi kecik comel. Ni macam dah ada upaya nak hidup agaknya. Nampak tak satu lagi bunga warna purple tu. Itulah pokok bunga Lili Hujan Ungu (Purple Lily Rain).
Lili Hujan Ungu ni Na minat betul kalau kat rumah mak Na tu. Lawa sangat. Na ada baca, nama dia Lili Hujan sebab bunga dia kembang selepas hujan. Kalau kita cakap selepas hujan datangnya pelangi, kali ni selepas hujan bunga lili hujan pun kembang. Itu cantik kembangnya selepas bawak balik dari Temerloh ke Klang. Lepas tukar pasu, semuanya lembik lentok. Risaulah menengoknya.
Lili hujan ungu biasanya dikenali sebagai purple rain lily dan tergolong dalam genus Zephyranthes. Ia merupakan tanaman berumbi yang agak mudah dijaga dan sesuai ditanam di kawasan beriklim panas seperti Malaysia.
Disebabkan tahan panas ni lah Na sanggup menanamnya. Kalau tak, susah jugak nak ke sana ke mari.
Ni pulak balik Perak ye. Sebab tu lah mak ayah takleh lama lama rumah anak. Risau pokok, ayam, itik dan kucing tak diberi makan.
Tapi disebabkan Rain Lily jenis pokok yang tahan panas dan sukakan matahari. Legalah sikit rasa hati ni. Nanti balik kita tengok dah bangkit ke belum tu. Kesian tengok terbaring je.
Sebelum Na tinggalkan hari tu, sempatlah Na search sikit cara merawat Bunga Rain Lily ni. Sebabkan dia ada ubi kat bawah tu, dia suka kering kering jela sebab dah simpan air dah dalam ubi tu. Kalau lebih air nanti ubi tu jadi busuk.
Jadinya, kalau balik balik nanti dah berbunga. Akan Na riak seluruh taman. Heheheheh. Dah banyak pasu jugak Na pecahkan haritu.
Sekarang, Na nak letak baja kat pokok ni?



0 Ulasan