Fritter Nasi Telur Lobak Untuk Icha

 Assalamualaikum dan hai semua,


Niat dihati nak menulis dua artikel sehari demi mengambil hati Google Adsense terbantut dah beberapa hari dah. 

Mula mulanya sibuk berkemas nak pindah ke Klang. Eh tahu tahu Faqhrul ajak balik Perak dulu. Maknanya, barang barang semua angkutlah dari Temerloh, ke Gerik, lepastu ke Klang. Aku punya kusut tak tahu nak cakap macam mana. 

Sebabkan banyak sangat persinggahan, tuan puteri kedondong kami Si Icha demam. Ini demam kali pertama Icha. Icha yang strong kena cucuk vaksin pun tak menangis tu demam kali ni. Na punyalah risau. Tak pandai nak handle anak sakit pun ya jugak. Kitanya takde adik beradik, apatah lagi anak saudara. Kucing demam pernahlah rawat. Nasib baiklah demamnya dekat Gerik masa tu. Ada mak mertua dan ayah mertua yang pantau. Terima kasih mak abah. 

Hari semalam dah kebah dah. Kebetulan semalam nak balik Klang lah ni. Icha dah start meragam makan dari hari dia demam tu. Kejap nak, kejap taknak makan. Kitanya risau dia lapar. Yang dia selera nak makan biskut kering Cap Ping Pong tu. Aduhai. Kitanya mak no salt no sugar. Macam macam dah cuba, last last bagi biskut ping pong yang dia suka sangat. Gigi pulak baru nak tumbuh dua batang tu. Kira seronoklah dapat krup krap biskut tu. Biskut baby dia tak mahu sebab masuk mulut, cair. Orang dah besar dah, taknak dah makan makanan baby. 

Sebabkan suka sangat makan biskut kering tu, Na research lah serba sedikit macam mana nak bagi makan baby yang taknak makan nasi ni. Tengok pengalaman pengalaman ibu lain, dorang bagi makan nasi macam nugget lah, nasi stick lah. Macam macamlah. Macam biasa, hujung hujung kita tanya Chatgpt. Yang paling dekat dengan biskut kering katanya buat Fritter. 

Memandangkan bubur Icha siang tadi tak berusik lagi dalam peti, Na pun cakap kat Faqhrul nak buat fritter nasi. Tapinya takde tepung, maklumlah sebelum ni dia bujang. Hahaha. Bersiaplah kami ke Lotus dekat sini membeli barang dapur. Icha pulak nak susu je. Try lah jugak bubur kat restoran. Takmaunya dia. Daun bawang makan pulak. Ah pening mamy. 


Telur mata tu dah tebuk tengah nak bagi kat Icha. Dia nampak je sudu nak datang, terus berpaling mukanya. Takpelah. Mamy makanlah dulu. Heheh. Nasi Goreng Padkrapao Pedaih untuk Na, Nasi Goreng Ikan Masin dan Ikan Kembung Pedas untuk Faqhrul. Bubur Ayam taknak garam untuk Icha. Yang menghabiskan semua biasanya si suami. Hikhik. 

Dah settle makan semua, Icha tidur. Sempat makan tiga empat suap je. Haihh. Macam mana lah eh? 

Sampai je kat rumah, tak dandan dah. Terus Na bancuh bubur pagi tadi dengan tepung jagung. Bubur asal dah ada nasi, telur, dan lobak. Na blend sikit bagi hancur, kemudian isi satu sudu tepung jagung. Masuk dalam airfryer. Malangnya, airfryer patchment paper tu takde. Guna apa yang ada jelah. Aku ni malas nak pening pening kepala ni. Na guna aluminium foil tray yang nak buat cake tu. Kita buat dia dak? 


Besar pulak foil tu. Apa apa ajelah. Dah pukul 2 pagi dah ni. Janji Icha tak makan biskut kering hari esok. 

Lepas dah siap bakar tu, lahh sedap pulak. Mamy Dada makan dulu sebekas. Satu bekas lagi untuk Icha. Lega sebab tak membazir. Harap harap Icha makanlah esok. Mamy susah hati anak oi. 

Ibu ibu yang ada pengalaman anak taknak makan, korang bagi makan apa? 

Catat Ulasan

0 Ulasan