Bonsai Pokok Bunga Vinca Purple

 Assalamualaikum hye semua. 


Tak habis dengan tanam Pakchoy dan Purple Lily Rain, kali ni Na tanam pokok bunga Vinca. Orang tua tua dulu panggil Pokok Tapak Dara. Memang lawa bunga dia kalau dibuat bonsai. Biasa kita nampak warna pink, ke purple ek sebenarnya? Rupanya ada banyak warna lagi. Ada yang jenis gantung-gantung jugak. Rumah nenek Na dulu dia tumbuh sejambak macam tu. Na ingat memang macam tu lah kejadiannya. Rupanya ada trick nak jadikan bunga tu sejambak macam tu. 

Masa balik Temerloh haritu Na ada ambik anak dia dengan Purple Lily Rain tu. Ada satu je anak pokoknya. Itu pun alhamdulillah dia gigih nak hidup jugak. Katanya pokok ni memang senang nak hidup. Tak payah siram selalu dan boleh kena cahaya matahari langsung. Tak susahlah menjaganya memandangkan kat sini memang panas dan mak pokok selalu ke sana ke mari. 

Masa balik kampung Faqhrul, mashaAllah kat sana banyak rupanya. Dulu balik takde lagi. Hehehe. Fikir fikir kat rumah tu ada satu je anak dia. Kalau mati nanti, takde ganti. Maka kita pun kipas kipas mak mertua mintak bunga dia. Hehehe. 


Datang Faqhrul dia cedok dengan tanah tanahnya sekali. Bawak balik seketul tanah dengan anak anak Vinca yang kecik kecik baru tumbuh. Kat tanah tu ada Ketumpang Air jugak. Dah terbiar tiga empat hari, tengok tengok ada Ulam Raja jugak. 


Ketumpang Air pulak yang membesar lebih lebih dalam pasu tu. Si Vinca tu warna pudar pun tak tahu laa kenapa ye. Tanya Chatgpt, katanya sebab baru beralih dari tanah ke pasu. Tunggulah bunga yang akan datang pulak. Kalau pudar lagi, kena nangis dulu baru cari tahu kenapa. Haha. Tengok belah kiri tu, ada Ulam Raja lah! Excited betul masa nampak Ulam Raja tu. Boleh cicah budu. Lah tiber. 

Na tunggu anak anak Vinca tu besor sikit, nanti nak potong pucuk dia biar bercabang banyak macam kat rumah nenek dulu. Rupanya itulah trick kalau nak bunga sejambak penuh macam tu. Kalau potong tak bagi dia naik tinggi, dia merendang dan berbunga lah. Anak yang Na bawak dari rumah mak Na tu, Na dah potong dah pucuknya. Dah tumbuh tunas baru dah dua. Seronok ye! Harap harap dia jadilah bulat dan berbunga penuh warna pink macam kat rumah nenek. 


Comotlah lagi ye. Baru kat tapak semaian. Gituuuu. Tengoklah tu dah bercabang tu. Comel betul. Tapi masalah tidur Icha tak menentu sekarang menjadi kekangan buat Mamy nak berkebun. Haha. Dia pulak tengah melasak nak panjat sana sini. Memang perhatian 100% kat dia aje. 

Nanti dah besar sikit anak anak Vinca, kita tukar pasu ya! Kalau ada tips nak bagi Vinca berbunga gebu gebas, share dengan Na tau! Kitanya baru belajar. Heee. 

Kalau nak pasu comel macam pasu anak pokok Vinca boleh tengok kat sini ye. 


Bye korang!











Disclaimer: Ada pautan affiliate dalam posting ini. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, saya mungkin mendapat sedikit komisen tanpa caj tambahan kepada anda. Terima kasih kerana menyokong blog ini! 🫶🏻

Catat Ulasan

0 Ulasan