Assalamualaikum semua,
Sudah makan ke belum tu? Na dah makan dah. Hari ni terasa nak makan nasi kukus, tapi nak makan sekali je. Jadinya, kita keluar dan beli saja. Hehe. Selesai.
Icha pulak wan dia buatkan sumsum. Kitanya tak tahulah sumsum. Tapi mak mak zaman dulu memang bagi baby makan sumsum. Bukan tulang sumsum. Tadi tengok mak letak tepung beras, santan, daun pandan. Padahal Icha tu dah nak masuk 10 bulan dah, baru merasa makan sumsum. Rasanya sumsum ni orang bagi kat baby yang baru belajar makan. Kalau Icha ni baby tua dah. Dah makan nasi lauk ayam. Tapi ada Na baca sumsum ni elok untuk baby yang baru nak tumbuh gigi sebab lembut dan sejuk. Haa patutlah Icha suka!
Disebabkan Icha dah nak masuk 10 bulan dan dah lasak bukan main lagi. Na belikan baby chair baru yang tinggi macam kat kedai makan tu. Senang sikit nak bagi makan. Kalau tak, tengah tengah makan tetiba jadi kelawar. Ish.
Cantikkan warna pink? Barulah nampak macam girl. Orang selalu cakap Icha nampak macam lelaki. Dah muka bapak dia, apa boleh buat. Berbalik kepada baby chair tadi, Na pasang kaki dia yang rendah tu aje. Dia ada bagi 8 besi tu, boleh sambung sambung. Kalau nak tinggi lagi, sambung lagi kat atas.
Kerusi dia pun selesa dan luas je dalamnya. Boleh pakai sampai umur 2 ke 3 tahun kalau saiz baby tak besar.
Dia ada seatbelt tu sekali tau. Icha mana boleh ikat ikat ni. Kalau berikat tu karang, suara dia mendonia. Kang datang JKM sebab jiran report dera anak (kisah benar). Hahaha. Macam tu jela Na pasang janji anak happy mak happy. Tempat letak cawan pun ada. Senang nak letak cawan dan tak tumpah kalau terlanggar.
Kalau korang nak tengok videonya, korang pergilah kat
Tiktok Na ye. Manalah tahu berminat. Boleh belikan untuk anak atau cucu sebagai hadiah. Senang sikit maknya nak bagi makan. Harga pun mampu milik. Tak mahal pun. Na beli haritu tolak itu ini baucer, diskaun dan free shipping dapatlah Rm47 lebih sen gitu. Tak sampai Rm50. Hari ni Na tengok
flash sale, harganya rm46. Muroh muroh.
Thank you lah Cuya bawak pengaruh kumpul coin di Shopee dan Tiktok. Dapatlah beli barang murah murah lepasni.
 |
| Anak bertuah 🫨 |
Bye!
Disclaimer: Ada pautan affiliate dalam posting ini. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, saya mungkin mendapat sedikit komisen tanpa caj tambahan kepada anda. Terima kasih kerana menyokong blog ini! 🫶🏻
12 Ulasan
Comelnya Icha! Nasi kukus memang comfort food paling puas! Bubur sumsum lembut & sejuk tu memang sesuai untuk baby nak tumbuh gigi.Berbaloi betul beli adjustable baby chair selesa bawah RM50 ni. Memang praktikal sangat. Btw Na, tray table kerusi tu senang tak nak tanggal untuk basuh?
BalasPadamYelah kan. Lupa nak cerita table tu mudah ke nak tanggal dan pasang semula. Tak renyah nak membersihkannya.
Padamada baby chair tu senang la skit anak nk makan...biasa dgr tulang sumsum tp bubur sumsum tk pernah dgr
BalasPadamBetul tu. Senang sikit. Semenjak dah besar ni. Allahuuu. Tulang sumsum dan bubur sumsum dua dua sedap MT. Heheh.
PadamCantik la bby chair kaler feberet ni pink
BalasPadamMkn byk2 tau bg cepat besar te sayang
Tqq ye hana sudi jenguk blog ciknur
Cantikkan? Taktaulah baby ke mamy yang suka sebenarnya haha. Terima kasih juga CikNur menjengah ke sini 🥰
PadamSeronoklah Icha dapat pink chair comel. Pink sinonim dengan baby girl. Bagus juga sekali ada tempat letak kaki tu, kalau tidak kaki tergantung tak selesa.
BalasPadamMamy kalau boleh nak semua semua pink tapi tak bervariasi lah pulak ye?
PadamOh tidak! Baru berjinak-jinak d4ngan Shopee.
BalasPadamMemang cantik warna merah jambu kerusinya. Harap tahan lama.
Marilah ke shopping di Tiktok pulak. Hehe
PadamAlahai comey jer ... ini kerusi saya yg punya...
BalasPadamHahaha gangster Kampung Pisang
Padam