Upgrade Diri Menjadi Suri Rumah

 Assalamualaikum wbt


Upgrade Diri

Dah tak lama dah nak upgrade diri ni. Tak sabar betul rasanya! Macam macam dalam fikiran ni. Boleh ke? Mampu ke? Besarnya tanggungjawab ni. Macam-macam tips juga yang saya dapat dari kawan-kawan suri rumah. Ramai yang kata "Nanti tak ada duit sendiri..". Lama juga termenung memikirkannya tapi niat yang suci dipermudahkan kata orang. 

Oleh itu, selain daripada upgrade jadi suri rumah tangga sepenuh masa, saya juga akan upgrade diri untuk menjadi blogger sepenuh masa. Semoga niat yang suci dan mulia ini dipermudahkan Ilahi. 



Dipetik dari: Hizbut Tahrir Malaysia


Kenapa resign?

Dua tahun PJJ dalam perkahwinan bukan sesuatu yang indah. Macam-macam harus ditempuhi. Bagi pihak saya, terpaksa berdikari serba serbi dari mengurus diri sehinggalah menguruskan anak. Dari pihak suami, dia terpaksa menguruskan kewangan sebaiknya sebab nak kena berulang alik setiap minggu. Tak seronok langsung. Saya sangat menghormati mereka yang mampu bertahan bertahun tahun dengan perkahwinan jarak jauh. 

Bak kata kawan-kawan, pergilah kepada suamimu. Tempat isteri disisi suami. Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa memberi kata-kata yang baik. Dan terima kasih juga pada suami sebab benarkan saya resign. Kehkehkeh


Felisha

Felisha Fatima. Masa buat keputusan drastik untuk letak jawatan, saya tak habis habis fikirkan anak perempuan kami. Anak perempuan yang perlukan susuk tubuh seorang bapa ketika meningkat umurnya. Bapa yang menjadi tempat berlindung, teladan dan cinta pertamanya. Saya taknak Icha membesar dan mencari kasih diluar rumah kerana kurang perhatian seorang bapa. Dan saya nak tengok Icha membesar di depan mata. Tengok setiap perkembangan milestone dia. Yang ada waktu dia menangis nak susu, menangis sebab sembelit. Saya nak! HAHAHA


Cemburu

Ada juga rumors yang mengatakan saya resign kerana cemburukan suami. Hahaha. Cemburukan tandanya sayang. Gituu. Mana ada cemburulah. Kalau kita cemburu pun tak selesaikan apa apa masalah. Betul tak? Saya resign sebab nakkan secebis syurga. Saya banyak dosanya. Manalah tahu dengan upgrade menjadi surirumah, saya boleh masuk syurga. Manalah tahu kan? (ini gurauan). Semoga kita semua ibu-ibu yang berkorban, yang bekerja mahupun yang tidak bekerja, yang sentiasa bergelumang dengan air mata, yang berdikari sendiri, yang bersengkang mata siang dan malam bertemu di sana. Aminnn. 


Hujung-hujungnya, notis saya berbaki 8 hari lagi. Semoga 8 hari ini dapat saya lalui dengan tabah dan sabar. 


Wassalam. 

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Keputusan jadi suri rumah adalah keputusan terbaik saya pernah ambil berbelas tahun dulu. Normal la tu, sebelum resign, risau cukup ke belanja kalau kita tak kerja. Insya-Allah, Allah cukupkan rezeki untuk kita. Membesarkan anak sendiri dan jaga rumahtangga ini banyak cabarannya, tapi keberkatan itu yang kita cari. Hati tenang, gitu. Semoga berjaya kepada Hanna. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Tot atas kata kata yang menenangkan hati ni. Makin dekat, makin gelisah pulak rasa.

      Padam
  2. Uncle suka ayat "upgrade jadi surirumah" tu....

    BalasPadam
  3. Keputusan yang sangat tepat demi keluarga. Semoga urusan resign dipermudah dan bahagia sentiasa di samping suami dan Icha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasihhh SR. Sedih juga meninggalkan dunia pekerjaan. Tapi gembira dapat berada disamping suami dan Icha 🩷

      Padam
  4. Tak perlu risau...kerana mana-mana tempat ada rezeki waima jadi suri rumah...boleh jer kerja online atau freelance untuk masa yang terluang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mr Hanafi. Percaya pada rezeki Allah kan. Semoga dipermudahkan segala urusan Mr Hanafi juga .

      Padam