Gaya hidup slow living makin ramai orang pilih sebab ia bantu kita hidup lebih tenang, bermakna, dan seimbang. Hidup secara perlahan lebih fokus dan lebih bermakna. Ini bukan bermaksud kalau kita tak slow, tak hidup dengan bermakna. Hahaha. Ini 5 sebab utama kenapa orang tertarik dengan gaya hidup ni:
1. Kurangkan stres & tekanan 😌
Slow living ajar kita tak kejar semua benda serentak. Bila buat sesuatu dengan lebih perlahan dan fokus, minda jadi lebih tenang dan kurang rasa overwhelmed. Biasanya kita terlalu multi-tasking lalu penat mental dan fizikal kita melebihi daripada kita fokus dengan satu kerja dalam satu masa. Pernah saya menonton video di Tiktok, katanya hidup zaman kini lebih tertekan kerana kita terlalu banyak berfikir ketika melakukan perkara lain. Sepatutnya, waktu makan kita makan, waktu tidur kita tidur tetapi kehidupan kita zaman ni, waktu makan kita sibuk fikir itu dan ini. Waktu tidur, kita fikirkan tentang hari esok. Meletihkan.
2. Lebih hargai momen kecil
Contohnya minum kopi pagi tanpa tergesa-gesa, atau luang masa dengan anak tanpa gangguan. Benda simple jadi lebih bermakna. Saya paling terkesan setiap pagi saya mengharapkan anak-anak makan dengan laju kerana kita pun rushing nak ke tempat kerja. Semuanya rushing dan bergerak dengan laju.
3. Kualiti hidup lebih baik.
Daripada buat banyak benda separuh jalan, slow living fokus pada kualiti sama ada kerja, hubungan, atau masa rehat. Cuba bayangkan, tengah buat kerja kena lipat kain, tengah lipat kain kena sapu sampah, tengah sapu sampah kena basuh pinggan. Akhirnya, keluarlah perkataan "esoklah.."
4. Kesihatan mental & fizikal terjaga.
![]() |
| Rujukan: PHM |
Bila hidup tak rushing sangat, tidur lebih cukup, makan lebih teratur, dan badan pun kurang penat. Ini bantu elak burnout. Burnout berlaku ketika kita tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga, terlalu menekan diri untuk menyiapkan sesuatu tugasan dan life style yang tidak menentu.
5. Lebih kenal diri sendiri
Bila kita slow down, kita ada masa fikir apa yang betul-betul penting dalam hidup bukan sekadar ikut arus atau tekanan orang sekeliling. Kita lebih releven dan tahu arah mana yang perlu kita terus berjalan. Bak kata Uncle Gedek , "Nikmati setiap langkah walau perlahan, asalkan terus berjalan.." Perlahan tak semestinya gagal.

0 Comments