5 Perkara Penting Sebelum Mula Gaya Hidup Slow Living

 

Gaya slowliving memang sudah menjadi trend di negara kita. Gaya hidup ini lebih menekankan hidup yang lebih tenang dan mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Pentingnya work-life-balance dalam kehidupan menjadi asbab utama biasanya mereka yang ingin memulakan gaya hidup slow living.

Ramai juga rakan-rakan saya yang mula berpindah dari hiruk pikuk kota ke kampung kampung untuk memulakan hidup dengan perlahan dan lebih santai. Macam mana agaknya ya kalau nak mulakan gaya hidup slow living ni? Bersedia tak kita?

Berikut 5 perkara penting sebelum mula gaya hidup slow living:

1. Kenal pasti keutamaan hidup

2. Kurangkan komitmen tidak penting

3. Susun rutin harian sederhana

4. Belajar hadir (mindful) setiap masa

5. Terima hidup tidak sempurna



1. Kenal pasti keutamaan hidup

Fikir apa yang paling penting untuk diri sendiri contoh keluarga, kesihatan, kewangan, atau ketenangan diri. Bila jelas keutamaan, kita tak mudah rasa serabut atau buat benda yang tak perlu. Slow living bermula bila kita tahu apa nak utamakan, apa boleh lepaskan. Pastikan buat keputusan dengan fikiran yang jernih dan waras. 


2. Kurangkan komitmen tidak penting

Cuba tengok balik aktiviti harian mana yang penatkan tapi tak beri manfaat? Belajar kata “tak” pada perkara yang membebankan. Lagi kurang komitmen tak penting, lagi banyak ruang untuk hidup dengan tenang. Beri waktu untuk diri sendiri untuk bertenang dan berfikir dengan lebih tersusun. Saya pernah terbaca, apabila kita menulis jurnal atau menulis isi hati kita, kita dapat menyusun fikiran kita dan dapat berfikir dengan lebih tersusun. Jadi, marilah kita mula menulis sekarang. 


3. Susun rutin harian sederhana

Tak perlu jadual padat dari pagi sampai malam. Cukup ada rutin basic seperti masa makan teratur, rehat yang cukup dan luangkan masa dengan keluarga. Rutin yang simple bantu hidup rasa lebih stabil dan tak kelam-kabut. Yang penting, semasa pualng ke rumah, sangkutkan segala beban kerja dan emosi kita di luar pintu rumah. Wujudlah secara penuh untuk diri kita dan keluarga. Apa itu secara penuh? Tanpa fikiran menerawang, tanpa standby notifikasi di telefon dan tanpa kebergantungan terhadap gajet. 



4. Belajar hadir (mindful) setiap masa

Slow living bukan buat benda perlahan semata, tapi fokus pada apa yang sedang dibuat.

Contoh makan tanpa scroll phone dan layan anak tanpa fikir kerja. Bila hadir sepenuhnya, hidup rasa lebih bermakna walaupun benda kecil.



5. Terima hidup tidak sempurna

Tak semua hari akan tenang dan teratur. Ada hari serabut juga, itu normal. Slow living ajar kita untuk tak terlalu keras pada diri sendiri dan terima keadaan seadanya. Dengan itu, mulalah untuk menerima kehidupan kita tak selalunya mudah, begitu juga dengan kehidupan orang lain. Permudahkanlah urusan orang lain, InsyaAllah urusan kita juga turut dipermudahkan.  


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Sesungguhnya Bersama Kesulitan Ada Kemudahan




Nak jadi nelayan yang gembira.
 (gambar hiasan)



Baca juga:
 Minimalist Lifestyle. Trend atau Langkah Untuk Berjimat?




Post a Comment

6 Comments