Diam






Sesakit apa jiwamu

yang menyusun runtuh

kata demi kata

di selembar ambal putih 

bersama derai jernih 

diruntun redam

bersaksi kalam dam malam

yang diam-diam-

...

Diam





Refleksi: 

Seluka dan sesakit mana pun hatimu, tidak mengapa jika hari ini kau masih belum mampu melupakan semuanya.

Tulislah apa yang kau rasa. Menulislah, walaupun mungkin tiada siapa yang benar-benar mengerti. Kadang-kadang, tulisan menjadi tempat paling selamat untuk kita meluahkan sesuatu yang terlalu berat untuk disuarakan.

Menangislah jika itu yang mampu meringankan dadamu. Tidak perlu tergesa-gesa untuk sembuh. Beri waktu kepada hatimu untuk pulih, sehingga suatu hari nanti kau mampu berdiri semula tanpa membiarkan sesiapa menyentuh hatimu sesuka hati.

Kerana ada luka yang tidak perlu dilupakan untuk kita terus berjalan. Cukup apabila ia tidak lagi menghalang kita daripada melangkah.



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Tingginya bahasa, berapa kali baca still tak dapat. boleh tlg explain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam lukisan, apa yang kita faham dan rasa melaluinya adalah maksudnya.

      Padam
    2. Diselembar ambal putih.
      ambal: hamparan/permaidani
      ambal putih: hamparan putih

      bersama derai jernih.
      derai jernih: airmata

      diruntun redam
      diruntun: direnggut, ditarik,
      redam: hancur/remuk/dihancurkan (perihal hati penulis)

      bersaksi kalam dan malam:
      bersaksi pen/pencil pada lewat malam

      yang diam-diam: sunyi

      Diam: TIDUR AAA APA LAGI

      Padam
    3. Fuhh power eh. Menyusun Runtuh tu apa pulak? kira macam ' kau ni sakit jiwa ke apa, buat hal pulak' . Macam tu eh?

      Padam
  2. Hekmuu. "Menyusun runtuh kata demi kata."

    Kata kata tu kita susun dulu dalam kepala pastu kita tulis. Runtuh tu metafora kepada dari kepala ke kertas, runtuh la satu satu perkataan dari kepala ke "ambal putih" (hamparan putih).

    BalasPadam