1. Beri hidangan kecil makanan dan lebih kerap dari biasa.Kanak-kanak yang kurang sihat mesti selera dia pun berkurang. Jangan paksa atau marah marah ya semasa memberi anak makan. Dahlah tak sihat, kena marah pulak sebab taknak makan. Kita yang dah dewasa pun kalau tak sihat, hilang selera jugak. Kalau anak tolak makanan, cuba offer diwaktu lain pula.
2. Elak memarahi anak kerana tidak mahu makan. Anak akan berselera selepas sembuh. Selepas dah sembuh, selera anak akan bercanak canak. Waktu tu, ibu bapa bolehlah cover semula selera anak. Beri makanan yang tinggi kalori namun sihat. Ibu bapa boleh beri anak unsalted butter. Kalori unsalted butter lebih tinggi dari minyak masak. Selain itu, ibu cuba sediakan anak dengan peanut butter atau almond butter. Butter ini mengandungi lemak baik dan membantu perkembangan otak anak.
3. Beri makanan kegemarannya. Ibu bapa juga boleh mengolah makanan kegemaran anak. Elakkan memberi makanan ringan atau makanan segera. Makanan makanan tersebut tinggi dengan garam dan perasa. Sekarang dah banyak resepi resepi dikongsikan dimana mana. Boleh buat research mengenai makanan kegemaran anak masing masing secara sihat.
4. Jika anak sakit tekak, beri aiskrim atau ais yang diperbuat daripada jus oren atau yogurt untuk melegakan tekaknya. Aiskrim buah buah sangat sedap! Pastikan ibu bapa tidak menambah gula di dalam aiskrim anak anak. Ada pelbagai jenis buah lagi yang boleh dijadikan sebagai dessert atau aiskrim bagi melegakan tekak anak yang sakit. Koktail dimakan sejuk sejuk pun boleh membantu melegakan sementara tekak anak anak ibu. Tapi kena ingat yang aiskrim hanyalah pelega sementara, bukannya merawat sakit tekak anak anak ya.
5. Beri makan bubur nasi. Bubur nasi, sumsum dan puree adalah antara makanan lembut yang sesuai untuk diberikan kepada anak yang tidak sihat. Selain teksturnya yang lembut, makanan makanan tersebut mengandungi cecair lebih yang diperlukan anak anak semasa mereka tidak sihat.
6. Bila selera anak kembali, biarkan anak makan sebanyak mana yang dia mahu. Waktu ni lah mak mak boleh keluarkan segala resepi yang sedap sedap tu. Sekarang senang nak dapatkan resepi sedap sedap. Tak perlu beli atau salin resepi dari buku dah. Pelbagai resepi yang sihat dan sedap dikongsikan oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut. Mak mak boleh jadikan rujukan dan bereksperimen dengan selera anak masing-masing.
7. Sediakan minuman dalam gelas yang kecil supaya nampak sedikit. Anak tentu seronok. Macam main pondok-pondok aje. Kalau Na, Na suapkan juga kat mainan mainan kegemaran Icha. Dia pun seronok nak minum air atau makan sebab "kawan-kawan" pun join sekali. Boleh juga gunakan straw pelbagai warna dan bentuk. Anak-anak pasti tertarik nak mencuba semua bentuk!
8. Jika anak tidak suka susu, berikan dalam bentuk susu kocak atau aiskrim. Siapa je yang tak sukakan aiskrimkan? Baik anak-anak sampailah kita yang dah dewasa ni. Aiskrim sedap sangat kalau dijadikan snacking atau dessert petang-petang. Jangan sampai anak skip main menu pulak ye sebab asyik nak aiskrim aje.
Semoga semua ibu bapa kuat mental dan fizikal untuk menghadapi kerenah anak-anak ya. Ayah mertua Na selalu pesan, "Sabar dengan kerenah anak-anak. Korang pun macam tu jugak semasa kami besarkan kamu semua dulu.." Na selalu ingat pesan beliau.
Kalau ibu bapa ada petua petua lain untuk berkongsi, tinggalkan komen di bawah ya!
Wassalam.
2 Ulasan
layan anak sakit kena ada hemahnya
BalasPadamAnak nangis sikit, ibu nangis lebih. 🥲
Padam