Assalamualaikum semua,
Hari ni Na nak share satu quote yang membuatkan Na termenung sejenak. Cuba bermuhasabah diri. Pernah tak aku melihat baik seseorang?
MashaAllah dalam betulkan maksud dia. Na pernah dengar ustaz cakap yang hati kita ni macam cermin. Kalau cermin tu bersih, kita akan nampak bayang-bayang kita dengan jelas. Kalau cermin itu kotor, semua benda pun nampak kabur.
Sama juga dengan hati kita, kalau hati kita baik dan bersih, kita akan nampak kebaikan orang lain meskipun walau hanya sebesar zarah. Begitulah sebaliknya.
Susahkan nak jaga hati, lagi lagi pada zaman serba canggih ni. Tengok orang post pasal makan-makan, kita terus kata nak menunjuk. Tengok orang post kejayaan anak, mula lah cakap yang bukan-bukan.
Padahal orang tu nak share rasa bahagia dia je.
Na mengaku, ada masa Na cepat menghukum. Tengok orang buat silap sikit "Dia ni dah kenapa...."
Tapi bila ingat balik quote ni, cepat cepat istighfar. Fikir yang baik baik, akan datang yang baik baik. Fikir semula, "aku ni baik sangat ke nak judge orang ni..."
Memang susah nak bersangka baik. Lagi-lagi kalau bila kita terasa kita dizalimi.
Bersangka-baiklah dengan sesiapa pun meski hati kita sukar untuk menerimanya. Akan ada manisnya jika kita sentiasa bersangka-baik dan sabar dalam setiap dugaan yang menimpa.
Ingatlah kawan, Allah sentiasa ada melihat hamba-hambaNya.
Korang ada tak quote yang korang sentiasa pegang untuk pedoman diri? Share lah kat komen untuk pedoman hidup kita bersama.
Baca juga: Jangan Takut Untuk Gagal: Bangkit Bila Hidup Terasa Penat
5 Ulasan
Nice...
BalasPadamThank you uncle.
Padamsemoga bermanfaat.
BalasPadamperingatan utk sy pd hari jumaat ini. Thanks for sharing...
BalasPadambetul tu, moga kita semua dalam lindungannya..
BalasPadam