Salam hye. Kembali lagi bersama aku di cabaran hari kedua iaitu cara aku berfesyen. Kali ini aku nak kongsi cara aku memilih pakaian, warna dan gaya yang lebih minimalis.
Aku simple je orangnya. Kalau dulu aku hanya mengenakan t-shirt, jeans dan tudung bawal. Tapi semenjak dah tua ni dan seriring peredaran zaman, aku berubah sikit ke blouse atau kemeja bersama shawl. Lebih sopan dan proper rasanya. Memandangkan aku jenis yang underweight semenjak azali, aku tak ada masalah sangat dalam pemilihan pakaian. Cuma dulu memang struggle cari baju yang tak menampakkan aku seorang rangka. Korang ada petua tak macam mana nak naikkan berat badan?
Kasut pula, memandangkan aku bersaiz mini, aku lebih memilih untuk memakai wedges yang tinggi. Bak kata kawan-kawan aku, "kenapa kau pakai batu bata?". Sederhana je kecaman mereka kan? Tapi korang tahu tak dengan wedges yang tinggi tu lah, kami yang mini ini mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan korang. Kalau korang rendah macam aku, wedges atau kasut bertumit tinggi boleh jadi salah satu pilihan untuk menampakkan efek lebih tinggi.
Bagi pemilihan warna pakaian pula, aku lebih suka warna warna earth gitu. Warna kelabu, coklat muda, milo, beige, cream, taupe, caramel, olive, khaki, terracotta dan sepallete dengannya. Tak terlalu menonjol sangat dan tak juga ketinggalan zaman. Betul ke aku ni? Kalau salah, korang tegurlah ya. Jangan biarkan aku hidup dalam kesilapan.
Kenapa aku bertukar ke gaya lebih minimalis dan Earth Tone?
Sebab insaf. Hehe. Dulu aku pakai warna yang terang terang. Merah, oren, kuning, hijau. Alaa zaman zaman color blocking tu. Cuba korang bayangkan aku pernah pakai seluar striking pink dengan selipar hijau. MashaAllah. Malu lah kalau tengok semula gambar-gambar lama.
Gaya minimalis senang. Tak perlu fikir banyak untuk mix and match baju dan tudung. Jimat masa, duit dan tenaga. Aku kan zuhud. Tapi orang yang zuhud kena menyembunyikan kezuhudannya. Disebabkan senang nak mix and match, tak perlulah banyak-banyak pakaian. Ingat ya, banyak banyak baju nanti kena hisab. Aiyok.
Apa itu Earth Tone/ Earth Color?
Warna earth tone ialah kumpulan warna yang mengambil inspirasi daripada warna semulajadi. Aku kan boleh bertukar warna hijau kalau duduk sebelah pokok. Haa, pokok, daun, pasir, tanah, kayu, dan batu macam tu lah warna-warna alam. Aku suka betul dengan warna warna macam sebab -:
1. Dia tak "bising". Mata dan jiwa aku lebih tenang bila tengok. Aku tak pastilah dengan mata orang lain kan. Tak semua orang sesuai dengan warna earth color jugak. Betul tak?
2. Pada aku, earth tone ni boleh memberikan penampilan yang lebih kemas dan matang. Walaupun baju tak mahal tapi sebabkan warna dia, terus nampak macam wow! Kalau tengok brand mahal mahal pun, warnanya tidoklah terang amat kan?
3. Mudah dipadankan. Kalau warna beige tu, aku padankan dengan coklat atau kelabu. Mudahkan? Antara contoh lain.
![]() |
Cantikkan? Warna earth ni macam "bestfriend" sesama sendiri.
Aku ada terbaca yang manusia ni memilih warna mengikut kesesuaian mood dorang. Contoh macam gambar carta kat bawah ni, orang yang tenang pilih warna biru. Kalau warna coklat ni kenapa lah ye?
![]() |
| Dipetik dari Colors and Color Healing |
Kalau korang biasa pilih warna apa?
Akhir kata, sesederhana begitulah cara aku yang berfesyen. Simple saja kan? Sebenarnya kita berfesyen ni tak payahlah ikut trend sangat. Pakai saja apa yang buat kita selesa. Setuju tak korang?
Jemput baca cabaran-cabaran yang lain juga ya.
Day 1: Fakta tentang anda
Day 2: Cara Anda Berfesyen
Day 3: Gambar bilik idaman anda
Kalau korang ada tips naikkan berat badan untuk orang underweight macam aku, jangan segan komen kat bawah ya. Kita kongsi-kongsi ilmu.
Korang jangan lupa sharekan cara korang berfesyen juga tau!
Jumpa di cabaran seterusnya.
Wassalam.


8 Ulasan
For me, belakangan ni i selalu pakai knitwear dengan wide skirt. Taste makin feminin sikitlah kot sebab sebelum ni prefer pakai pakaian yang macam emo style gitu lmao.
BalasPadamHehe comelnya emo style. Mesti lawa kan pakai knitwear. Nanti share gambar yeee. 🥰😘
PadamFesyen yang kita pilih/pakai menampilkan keperibadian kita
BalasPadamKalau kita simple je, peribadi kita simple jugak ke Wak?
PadamNak kena tambah aksesori lah macam ni. Hehe.
Kalau Ammi..dari dulu hingga sekarang masih kekal dgn hitam. Tp apa2 yg simple itulah pilihan Ammi. Tudung pun Ammi prefer Syria sbb takyah sibuk lilit2 (tak reti melilit benornya) haha
BalasPadamBlack is always elegant sis.
PadamAah tudung syria senang dan simple kan.
And ada orang pertikaikan.. t-shirt jek ko pakai? Hurm... Hina kah tshirt ituuuu.. why why why?
BalasPadampsst.. lawa tuan tanah ni.
Halah halah sibuk je dia ek nak pertikaikan pakaian kita. Biar je dia NK. Ikut selesa kita je. Huhu
Padampsstt..NK apa kurangnya.