Afsun



Kau rupawan yang membuatku nyaman, setidaknya hanya dengan sebatas senyuman. Kau bintang malam yang aku puja. Sederhana dan temaram. Namun, masih sempurna. Pesonamu bersinar, walauku tahu nanti cahayamu pun kan juga sirna.

Kau dicintai kekasihmu yang kasmaran, sedang aku bintang pecah yang masih dalam lingkaran, mengukir engkau sebagai kenangan.

Tuan, seharusnya nanti kau tahu, aku masih selayaknya dalam diam mencintai gemerlapmu. Meski cahayamu berpijar dalam pudar, kau masih tetap bersinar. Meski secebis dalam sejuta, kau masih istimewa.






*afsun = pesona [rujuk Kata Arkaik Bahasa Melayu]

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. beribu bintang di langit, hanya satu yang diidamkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe macam kenal je. Macam lagu sekolah je. Haha

      Padam
  2. That sounds like a poem.
    And I also read it like a poem hahaha

    BalasPadam
  3. Dari jutaan bintang, andalah paling menawan (saya cuba tiru gaya uknown hehe)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari segenap wanita, andalah yang paling dia cinta (sis cuba hehe). Haha.

      Padam
  4. how beautiful!! you need to teach me to write like this!! so poetic!! <3

    BalasPadam
  5. Cantiknya penulisan. 🖤

    BalasPadam
  6. aku menganggap kau adalah sinaran yang mampu menarikku keluar dari kegelapan,
    ternyata kau pegi, membiarku dalam kegelapan
    serta tidak toleh kembali

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau pergi sedang jiwa dan ragaku ditanganmu. Pulangkanlah kembali jiwa dan ragaku. Dan pergilah ke mana sahaja yang kau mahu. Sobs sobs.

      Padam