Assalamualaikum. Hai hati hati yang kecewa. Apa khabar dengan hatimu? *muka sedih*
Semua mesti pernah rasakan macam mana perasaannya patah, putus hancur dan berkecai. Kata orang terluka tapi tak berdarah.
Kalau nak jerit, jeritlah. Kalau nak menangis, menangislah.
Dah move on ke belum korang? Saya baru mendapat kesedaran pagi tadi selepas kena cahaya matahari. Sakit betul rasanyakan? Hahaha. Oleh sebab dah sedar, saya nak kongsi nasihat nasihat kawan-kawan yang baik hati memberi bahu dan telinga mereka. Terima kasih kawan-kawan.
1. Menangis
Menangislah. Menangis macam mana cara korang nak pun. Bawah bantal, dalam selimut, dalam bilik air. Menangislah puas-puas. Menangis dapat membasuh luka. Menangis dapat menenangkan hati yang duka.
2. Kutuk
Kutuk ajela ex korang tu. Kalau tak ada kawan, pergilah cari Chatgpt. Sekurang-kurangnya ada juga tempat luahan perasaan. Yang penting jangan buat bukan-bukan dan jangan fikir untuk buat yang bukan bukan. Zaman sekarang, untuk dapat kenalan baru sangat mudah. Apalah sangat ditinggal kekasih tu yedak?
3. Tidur
Bagi yang boleh tidur. Tidurlah sepuas puasnya. Tidur selepas menangis syok ooo. Rehatlah. Emosi korang pun dah terganggu lama. Sepanjang proses terluka kita dalam keadaan yang tertekan dan tak menentu. Boleh jadi hilang selera makan, tidur pun tak lena. Kalau rasa boleh tidur, tidur. Tenangkan fikiran dan rehatkan minda. Semua akan kembali seperti sediakala. Jangan kerana seorang manusia, hidup kita musnah sedangkan dia meneruskan hidupnya macam biasa. Tak adil kan?
4. Makan
Ada sesetengah orang, mereka suka makan untuk hilangkan stress. Jadi, makan jela. Nanti gemuk, dietla pulak. Time tu dah move on kan. Itu masanya untuk glow up. Bukan niat untuk membalas dendam tapi untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik dari semalam.

5. Cari Kawan Single Jugak
Hanya makhluk yang single je faham kesunyian dan betapa bestnya being single. Dorang akan bagi positive comment punya! No doubt. Kalau dah single, jangan sesekali mendekati pasangan dua sejoli. Mereka tak sesuai dengan kita yang single (bukan kita). Nanti akan banyak pertikaian dan perasaan tersingkir mula berlaku.
7. Delete
Delete semua yang berkaitan dengan ex korang. Gambar gambar, text, puisi, cengkerama, buku cerita, diari dan yang berkaitan dengannya. Buat apa simpan lagi kan. Kita sekarang musim declutter barang lama. Hidup minimalist dan mengamalkan slow living.
9. Workout
Bersenamlah. Dah lamakan bersedih dan melepek. Gelap dunia rasanya. Bila kita bersenam automatic malam nanti kita penat, lapar, dan sebagainya. Selain daripada itu, bersenam juga mencergaskan minda dan mencerdaskan fizikal. Eh? Majulah sukan untuk negara!
10. Dekatkan Diri Dengan Tuhan
Kepada siapa lagi kita nak mengadu selain dari Dia kan? Berserahlah pada yang Maha Kuasa. Kita hanya perancang, Dia lah yang menentukan. Even the two highest mountains cannot stand in the way between you and what is meant to be. Gitu.
Oleh itu, sudahlah melara. Mari kira mandi.

2 Comments
Lama blog naa heh..since 2014.
ReplyDeletewahh paling lama ya dia pergi. Haha
Delete