Plan Ke Pasar Pagi Selama, Perak Gagal.

 Assalamualaikum, hai semua. 


Hari tu nak sambungan cerita dari Cameron Highland nak ke Pasar Pagi Selama kan? Pasar yang terpanjang di Malaysia tuuu. 

Tak jadi nokkk nak ke Pasar Pagi Selama. Lepas Subuh masing masing ke laut, termasuklah Si Kecik Icha. 

Turun je dari Cameron Highland, kami cari tempat nak berehat malam tu. Macam biasalah semuanya last minute. Dah nak sampai baru nak cari kat mana nak stay. Kalau boleh nak stay dekat dekat dengan Selama. Takyahlah rushing untuk perjalanan jauh. Ada homestay, ada hotel. Call homestay tak angkat pulak. Iyelah dah pukul 9.00 malam. Siapa je nak layan kau last last minute macam ni. 

Akhirnya, kami check in di Bukit Merah Lake Town Resort. First time sampai sini. Tapi sebabkan dah malam, apa pun tak nampak. Hahaha. Selesai check in dan angkat barang semua. Perkara pertama, Na rebus keledek yang kami beli kat Bazar Kea Farm tadi tu. Enjoylah kami makan keledek rebus dan strawbery cicah coklat malam tu. 

Icha macam biasa dia kena qc (quality check) dulu semua perabot perabot, peti ais, katil, dan tilam sebelum tidur. Paling mamy terkejut, dia jilat dinding. MashaAllah. Lain macam betul part jilat dinding hotel nak oiii. 

Esoknya, sebabkan semua dah redha akan pelayaran kami. Faqhrul ajak brunch kat Selama. Sebelum tu kami singgah satu gerai ni. Dia bungkus makanan makanan berat dalam bekas kecik kecik. Ada nasi lemak, nasi goreng pattaya, nasi goreng cina dan macam macam lagilah. Sedap pulak tu. Tak tahulah kalau Na dah lapar sangat ke. Kalau tengah lapar semuanya sedapkan? Tapi Na sukalah strategi perniagaan macam tu. Mudah untuk traveller. 

Kami berhenti alas perut tepi jalan je. Lepastu, sampai pertengahan perjalanan antara Bukit Merah ke Selama, jalan nak ke Selama tu tutup pulok. Adik Belati Wangsa yang explained dan bagi instruction jalan tu sangat membantu. Mungkin sebab dia handsome, dia ada self esteem yang tinggi walaupun terpaksa bekerja bawah panas matahari. 

Na nampak banyak kenderaan Belati Wangsa kat area tu. Tanya Faqhrul, Belati Wangsa ni apa? Dia kata Belati Wangsa ni syarikat penyelenggaraan instrastruktur, kerja-kerja awam, dan perkhidmatan teknikal Malaysia. Kat Temerloh takde pun? Heheh. Katanya kat Perak je. Betul ke? Ke Na kena tipu? 

Selepas mendengar instruction dari adik tadi, dan berterima kasih. Faqhrul cakap, "kita kena patah baliklah jalan tadi. Kita makan kat Tasik Raban lah". Ahsudahhh, kat mana pulak Tasik Raban (sambil angguk angguk macam tahu kat mana Tasik Raban). 

Katanya nak bawak makan nasi talam sedap kat Tasik Raban. Excitednya nak makan sedap! 


Sampai kat kedai nasi talam, kedainya tutup pulok. Hahaha. Tak ada rezekilah nak makan nasi talam sedap. Takpelah. Lain kali balik Gerik singgah lagi kat sini. Macam macam ada rupanya. Ada Mini Zoo jugak kat belah belah sana tapi cuaca panas Allah tuhey. Tak sanggup nak keluar. Jadinya, tak jadi makan dan jalan jalan kat sini. 


Kami makan kat Restoran Tasik Raban je. Na tak selera sangat nak makan sebab cuasa panas betul. Pastu, perjalanan jauh dengan baby 10 bulan yang tengah melasak. Otot perut mak tegang. Lah tiber salahkan baby. 

Selesai makan. Kami terus gerak balik Gerik. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Ohh ingatkan Pekan Sehari Temerloh tu terpanjang. Bila google, rupanya dah jatuh nombor 2. Nombor 1 dah jadi milik Pasar Pagi Selama rupanya ye. Ketinggalan maklumat saya ni.

    Hahaha..random betul Icha. Apa berkenan sangat dengan dinding tu ek.

    Aduh, tak ada rezeki pulak nak makan nasi talam sedap. Tak pasal Icha dipersalahkan, sian Icha.Hihihi...

    Cuaca panas ni rasa macam malas nak keluar kan. Jadi tak selesa betul. Nak makan pun boleh jadi hilang selera.

    BalasPadam
  2. Salam kenal, salam ziarah Na. Terima kasih singgah blog PH :)
    Pekan Sehari Selama ni la Akk teringin sangat nak pergi, tapi belum ada rezeki sampai sana lagi.
    OK ke stay di Bukit Merah tu? Tempat tu dah lama kan... Pernah stay sekali zaman kerja dulu. Ofis buat family day situ.
    Panas2 memang rimas kan nak berlama-lama di luar.

    BalasPadam