5 Keperluan Untuk Memulakan Gaya Slow Living

Untuk mula gaya hidup slow living, sebenarnya tak perlu barang mahal atau banyak. Yang penting benda-benda yang bantu kita jadi lebih tenang, teratur, dan mindful. Barang yang boleh buat kita tenang, barang yang membantu kita atau memudahkan kita dan barang yang praktikal dan tak menjadi lambakan jika disimpan. 

Biasanya, kita akan mempunyai banyak barang yang sama. Kenapa? Kerana coraknya yang berlainan, juga sebab warnanya yang berlainan. Untuk menghilangkan rasa serabut dan terasa banyak benda untuk difikir, pilih saja satu barang yang sesuai dipakai kemana saja. Contohnya, beg berwarna hitam atau nude yang sesuai untuk dipakai dan dimatchingkan bersama baju pelbagai warna. Dengan itu, kita pun less stress dan tak ada lah nak cakap "takde baju lah nak pakai.." 

Memulakan hidup dengan perlahan nikmatnya hanya kita yang rasa. Menikmati hidup sendiri. Bukan hidup dia, bukan hidup mereka. Hiduplah dengan sederhana. Dengan tidak tergesa-gesa. Saya pernah terbaca, katanya hiduplah dengan tidak tergesa-gesa, dengan hidup yang terburu buru boleh menjauhkan diri daripada Tuhan. Betul ke macam tu? Tepuk dada, tanya selera.  

Dengan itu, 5 barang penting yang sangat membantu kita untuk lebih relax and mindfull adalah seperti berikut: 

1. Planner / jurnal 📝

Untuk tulis jadual harian, refleksi diri, atau gratitude.

Bila tulis, kita lebih jelas apa yang penting dan tak serabut dalam kepala. Selain daripada itu, hati akan berasa lebih tenang kerana ada tempat untuk kita meluah. Tidak semua orang faham apa yang kita ingin luahkan, dan tidak semua orang kita selesa untuk meluah. Jadi, lebih selamat untuk kita menulis apa yang ada dalam isi kepala kita ke atas kertas. 



2. Botol air / cawan kegemaran ☕

Nampak simple, tapi sangat membantu kita slow down, contohnya minum air atau kopi dengan tenang, bukan sambil rushing. Menikmati setiap titis sambil mensyukuri nikmat yang kita ada hari ini. Lapangkan hati, kosongkan fikiran dan bawa bertenang. 



3. Jam atau timer 

Untuk kawal masa tanpa tekanan. Contohnya set 20–30 minit fokus satu kerja, lepas tu rehat. Ini bantu elak burnout. Ingat ya, perlahan tak bermaksud kita gagal. Hehe. 


4. Essential items untuk “me time” 🕯️

Contohnya seperti lilin wangi, buku, sejadah, atau apa-apa yang buat awak rasa tenang. Ini penting supaya ada ruang untuk recharge diri. Kalau awak, apa essential item yang buat rasa tenang? 


5. Storage/organizer yang simple 🧺

Rumah yang lebih tersusun, fikiran lebih tenang. Tak perlu fancy, cukup ada tempat khas untuk barang supaya tak berselerak. Contohnya, tempat buku khas. Minimakan barang yang tidak perlu jugak membantu kita lebih lapang dan kurang satu masalah. 


Agak-agak apa lagi barang yang boleh membantu kita untuk kekal bertenang seterusnya dapat hidup dengan sepenuhnya tanpa fikiran yang loaded dan bertimbun timbun dalam kepala kita? 


Renung-renungkan. 


Post a Comment

1 Comments

  1. Cuya pon jenis maximalist hahahha. Alhamdulilah dah belajar untuk declutter barang yang lama2. Rumah ni macam dah takde ruang dah nak simpan jadi memang kena buang je apa yang patut. Tapi seronok dan lega bila dapat buang dan declutter barang

    ReplyDelete