Assalamualaikum,
Entry ni sepatutnya dilepaskan semalam tapi semalam penat betul. Nak menaip pun rasa takde kudrat. Musim panas di bulan puasa memang sinonim tapi kali ni panas betul ye.
Masih belum terlambat lagi kan untuk saya ucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada semua pembaca dan penulis.
Semalam juga diadakan Majlis Gema Ramadhan Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Parlimen Temerloh. Dimana saya lah salah seorang guru yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti penyediaan bubur lambuk yang akan diagihkan kepada penduduk sekitar. Aktiviti ini memang kami lakukan setiap tahun dan menjadi tradisi indah setiap kali tibanya bulan Ramadhan.
![]() |
| Barisan jemaah tercantik tahun ini 😋 |
Pihak KEMAS Temerloh ada juga menjemput Imam dari kampung setempat untuk memberikan tazkirah Ramadhan tapi tidaklah saya paste gambonya di sini ya. Kang kena saman dengan Pak Imam post gambar tanpa kebenaran beliau. Imam tersebut ada berkongsi satu hadis yang begitu terkesan di hati saya,
Jabir bin Abdullah berkata Nabi SAW menaiki mimbar, ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, baginda menyebut “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, baginda menyebut “Amin”. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah. Kami mendengar engkau menyebut amin sebanyak tiga kali. Baginda menjawab: “Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepadaku dan berkata: Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan Ramadan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya.” Lalu aku pun menyebut amin. Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkannya ke dalam syurga. Aku pun menyebut amin. Kemudian Jibril berkata: “Celakalah manusia yang engkau (iaitu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam) disebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau.” Aku pun menyebut Amin.” (Hadis Riwayat Bukhari, al-Adab al-Mufrad, No. 644)
Maka, di bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita perbanyakkan berselawat, bersedekah, dan berbakti kepada orang tua kita selagi masih sempat kita bersama mereka. Tapi semalam Imam rushing nak gi Jakel katanya. Hahahaha
![]() |
| Kawan-kawan saya yang dicintai. |
![]() |
| Terima kasih kakak-kakak berpanas depan dan belakang. |
Dan terima kasih yang tak terhingga kepada YH Dato Ridzwan Hazimin bin Ramli (Pengerusi Jawatankuasa Komuniti KEMAS Parlimen Temerloh merangkap Penyelas DUN Lanchang) kerana sudi meluangkan masa menjejaki kami berbubur lambuk serta merasmikan majlis ini di Masjid Ar-Ridhuan, Kg Gajah Mati, Mentakab semalam.
Akhir kata, selesailah aktiviti tahunan kami pada tahun ini. Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan. Kata Imam, bukan yang buruk dari kami yang baik dari Allah swt tetapi buruk dan baik semuanya datang dari Allah swt. Sekian.
![]() |
| Jangan tanya kenapa kami bercahaya kerana ahli ahli sufi memang begitu (gurau ajeeee) Wassalam. |



.jpeg)

.jpeg)
0 Comments