Assalamualaikum,
Haha. Rasa kelakar betul nak mulakan entry kali ni sebab nak kena fikirkan entry yang berkualiti supaya mencapai piawai Adsense. Dalam hati aku, aku dah lah memanjang borak sampah (cubaan humble). Mana lah aku reti nak menulis dengan berkualiti ni. Nak cerita apa ni nak bagi Adsense rasa aku berkualiti?
Kenapa nak kena berkualiti? Sebab aku punya iklan Adsense hilang guys! Lepas aku tukar blogspot ke domain, tetibe ada yang hilang. Sebab tu lah jangan ujub dan riak. Aku punyalah bangga aku tukar domain sendiri berbantukan Chatgpt, tuptup iklan pulak hilang. Murung betul memikirkannya.
Aku pun berlama-lama memujuk hati dan bermuhasabah diri. Tak apalah. Aku mulakan semula selepas beberapa lama aku tak update blog. Itu semua salah sendiri. Tapi manusiakan, mula-mula macam macam haiwan dan keadaan aku persalahkan. Malangnya, siapalah aku nak nafikan hakikat yang sebenarnya semua salah datangnya dari aku sendiri.
Hari ni, aku update blog selepas dua tahun aku pura-pura sibuk dan pura-pura tiada masa. Dalam masa dua tahun ni jugak macam macam dah jadi. Contohnya, aku dah menikah, dah mengandung dan dah beranak. Ahaha. Sekejap je kan masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku tunggu nombor pin Adsense sampai ke rumah. Tup tup hari ni iklan aku hilang woiuuu. Sedihnya tu hanya Allah sahaja lah yang tahu.
Dalam pada pura-pura sibuk aku tu, ada juga perasaan rindu nak menulis. Cuma itulah, banyak alasan alasan yang boleh direka kalau tak hendak. Salah sendirikan.
Sekian sajalah entry menyalahkan diri aku. Semoga kesalahan ini menjadi iktibar kepada diri aku sendiri. Dan kawan-kawan yang jarang update blog tu, jangan leka weh. Nanti iklan hilang, satu kerja pulak nak ambik hati Adsense. Huwaa ðŸ˜

0 Comments